Utama K-Trending “Macam Filem” – Penuh Aksi & Karisma, Lakonan Jennie BP Untuk Iklan...

“Macam Filem” – Penuh Aksi & Karisma, Lakonan Jennie BP Untuk Iklan ‘Tamburins’ Buat Peminat Teruja

blackpink jennie

Selain berbakat dalam nyanyian dan tarian, Jennie BLACKPINK juga telah menonjolkan kebolehannya untuk berlakon.

Terbaru, Jennie telah terlibat dengan penggambaran untuk kempen TAMBURINS, iaitu jenama minyak wangi di Korea Selatan.

Dalam satu video kempen yang menampilkan Jennie, idola itu kelihatan anggun dalam gaun biru dengan ekspresi yang penuh misteri, di sebuah rumah yang dicerobohinya.

Kemudian, apabila tuan rumah itu datang, Jennie terus menembak peluru dengan jarinya dan kedua-dua mereka mula bergaduh. Khususnya, lakonan aksi Jennie dalam video itu telah menarik perhatian dan auranya sebagai seorang pelakon terserlah.

Sejurus selepas video berdurasi hampir 6 minit itu dilancarkan, ramai peminat memuji bakat lakonan Jennie dan makin teruja untuk menantikan lakonannya dalam drama pertamanya “THE IDOL”, akan ditayangkan pada November nanti di HBO.

Antara komen peminat mengenai lakonan Jennie:

Saya rasa Jennie adalah seorang pelakon yang berbakat. Dari ekspresi dan matanya, sudah cukup untuk meluahkan segala-galanya.

 

Makin tak sabar nak tengok Jennie berlakon dalam drama ‘The Idol’ nanti. Hebat lakonannya.

 

Lakonan sehebat ini untuk iklan minyak wangi? Mantap!

Memang serba boleh la Jennie ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYouTube
Loading...