Selain CHANEL, Jennie BLACKPINK turut bekerjasama dengan jenama Calvin Klein!
Terbaru, Jennie telah berkongsi fotonya sedang bergambar di sebelah papan Billboard untuk iklannya bersama Calvin Klein di New York City.
Idola itu memuat naik beberapa gambar beserta kapsyen yang ditulis,
Detik yang membanggakan di NY.
Untuk pengetahuan, gambar yang dipaparkan di papan Billboard tersebut ialah kempen Calvin Klein bersama Jennie untuk Musim Luruh 2022.
Sebelum ini, Jennie juga pernah muncul sebagai salah satu wajah untuk koleksi musim luruh 2021 Calvin Klein yang dipanggil “The Language of Calvin Klein”.
Hot betul Jennie!