Excited tak menanti debut Jennie BLACKPINK dalam siri “THE IDOL” di saluran HBO nanti?

Walaupun hanya terselit sedikit babaknya dalam teaser pertama sebelum ini, nampaknya siri berkenaan membuat kejutan buat peminat yang ternanti-nanti wajah Jennie sebagai pelakon baru-baru ini.
Pada pagi ini, “THE IDOL” telah meriliskan teaser kedua yang mendekati dengan lebih rapat hubungan antara teraju utamanya, Lily-Rose Depp dengan Jennie. Seperti yang dijangka, drama yang dikelola oleh The Weeknd sebagai produser ini bakal menampilkan pelbagai babak mencolok mata kerana ia membawa cerita selebriti di Hollywood.
Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah Jennie yang selesa berperwatakan seksi serta menggoda sebagai rakan heroin itu. Bahkan babaknya hanya mengenakan tuala di dalam bilik sauna tular di serata laman sosial kini.
Komen peminat,
Senyumannya menggoda.
Nama pelakonnya ialah Jennie Ruby Jane.
Wanita paling hot, Jennie.
Senyuman nakalnya, memang siri ini dia punya.
Hot hot hot hot.
Macam dalam siri ‘Euphoria’.
Dalam pada itu, para peminat meluahkan rasa gembira apabila mengetahui Jennie menggunakan naman Jennie Ruby Jane sebagai nama pelakonnya di Amerika Syarikat.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.