Ikuti Kami:

“Terima Kasih Sayang Moon Dongeun” – Song Hyekyo Luah Rasa Syukur Buat Penonton ‘The Glory’

“Terima Kasih Sayang Moon Dongeun” – Song Hyekyo Luah Rasa Syukur Buat Penonton ‘The Glory’

“The Glory” tidak dinafikan merupakan antara K-Drama paling popular pada tahun ini.

Terbaru, pelakon utama drama tersebut iaitu Song Hye-kyo telah berkongsi foto dirinya di Instagram Story, sedang memegang surat tulisan tangan.

Khususnya dalam surat tersebut, pelakon wanita itu mengucapkan rasa terima kasihnya kepada penonton drama “The Glory” dengan menulis,

Masa yang saya habiskan dengan ‘The Glory’ adalah satu penghormatan kepada saya! Terima kasih kerana menyayangi Moon Dong-eun dan ‘The Glory’! Ikhlas!

Mac 2023, daripada Moon Dong-eun.

song hyekyo

Untuk pengetahuan, “The Glory” telah berjaya menambat hati penonton seluruh dunia dengan drama itu berada di No.1 dalam carta global Netflix pada Mac lalu.

Dalam pada itu, Song Hye-kyo bakal menemui penonton menerusi drama baru “The Price of Confession”, bersama Han So-hee.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...