Utama Drama Korea “Adakah Saya Macam Budak?” – Lee Dohyun Akui Risau Rakam Babak Romantik...

“Adakah Saya Macam Budak?” – Lee Dohyun Akui Risau Rakam Babak Romantik Dengan Song Hyekyo

lee dohyun song hyekyo

Siapa sangka, Lee Do-hyun sebenarnya mempunyai kerisauan untuk adegan cintanya bersama watak Song Hye-kyo dalam “The Glory”.

Baru-baru ini, Lee Do-hyun telah terlibat dengan temu bual bersama majalah Esquire, di mana dia berkongsi cerita di sebalik tabir pembikinan “The Glory”. Khususnya, Lee Do-hyun ada mendedahkan bahawa dia amat mengambil berat tentang babak hubungan cinta wataknya dengan Song Hye-kyo dalam drama berkenaan.

Jelasnya,

Saya amat mengambil berat tentang Song Hye-kyo dan adegan romantik. Saya masih dalam lingkungan umur 20-an tetapi saya terpaksa berlakon seperti seseorang dalam umur 30-an. Jadi, saya fikir bagaimana saya boleh mengelak dari kelihatan terlalu muda dan bagaimana saya boleh mendekati watak Song Hye-kyo dengan hati yang murni.

Kemudian, Lee Do-hyun turut mengaku,

Saya sering bertanya kepada pengarah ‘Adakah saya terlalu berlebihan?’ dan ‘Adakah saya terlalu seperti budak-budak?’, setiap kali selesai penggambaran setiap adegan.

Selain itu, mengenai kepuasan dengan lakonannya dalam “The Glory”, Lee Do-hyun menjelaskan,

Saya tidak menyesal dengan lakonan saya. Semasa penggambaran, saya sentiasa memikirkan idea untuk babak lain. Saya menerima banyak komen dari rakan-rakan saya yang banyak membantu saya.

Dalam pada itu, Lee Do-hyun akan menemui penonton menerusi drama “The Good Bad Mother” pada 26 April ini di Netflix.

Sibuk tau Lee Do-hyun sekarang!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSports Chosun
Loading...