Ikuti Kami:

Diterajui Ra Miran & Lee Dohyun, ‘The Good Bad Mother’ Sah Tayang April Ini Di Netflix

Diterajui Ra Miran & Lee Dohyun, ‘The Good Bad Mother’ Sah Tayang April Ini Di Netflix

Siap sedia semua untuk drama baru bakal ditayangkan di Netflix!

Terbaru, JTBC telah mengesahkan drama “The Good Bad Mother” yang diterajui Ra-miran, Lee Do-hyun dan Ahn Eun-jin, akan menemui penonton pada 26 April ini di Netflix secara global.

Untuk pengetahuan, “The Good Bad Mother” adalah drama menyentuh hati, yang mengisahkan tentang ibu dan anak yang mencari kebahagiaan sejati, membuatkan penonton ketawa serta menitiskan air mata.

Dalam drama ini, Ra Mi-ran akan menghidupakan watak sebagai Young-soon, yang tidak mempunyai pilihan selain menjadi seorang ibu yang ‘teruk’ untuk anaknya. Manakala Lee Do-hyun akan membawa watak Kang Ho, yang menjadi seorang pendakwa raya bagi memenuhi hasrat ibunya namun, hilang ingatan dan bertukar menjadi kanak-kanak selepas terlibat dalam kemalangan yang tak dijangka.

Seterusnya Ahn Eun-jin akan berperan sebagai Mi-joo, iaitu kawan lama kepada Kang Ho, yang bertemu semula dengannya di kampung halaman dan menghadapi perubahan dalam hidup.

jtbc the good bad mother

Sementara itu, pelakon lain yang akan turut membintangi drama ini adalah Yoo In-soo, Jung Woong-in, Choi Moo-seong, Seo Yi-suk, Kim Won-hae, Jang Won-young, Kang Mal-geum, Baek Hyun-jin, and Hong Bi-ra.

Sama-sama kita nantikan tayangan “The Good Bad Mother” pada 26 April nanti di Netflix, dengan sejumlah 14 episod!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...