Ikuti Kami:

Muat Naik Foto Bersama, Song Hyekyo & Han Sohee Sah Terajui ‘The Price Of Confession’

Muat Naik Foto Bersama, Song Hyekyo & Han Sohee Sah Terajui ‘The Price Of Confession’

Nampaknya, penonton akan dapat lihat gandingan dua pelakon wanita hebat dalam sebuah drama tak lama lagi!

Sebelum ini, Song Hye-kyo dan Han So-hee telah ditawar untuk membawa watak utama dalam drama pembunuhan “The Price Of Confession”.

Terbaru pada 16 Mac, Han So-hee telah memuat naik fotonya bersama Song Hye-kyo di Instagram Story dan turut menulis tajuk drama tersebut dalam hantaran berkenaan.

Dengan ini, kedua pelakon wanita itu nampaknya sudah sah akan membintangi drama “The Price Of Confession”.

Untuk pengetahuan, drama arahan Lee Eung-bok ini membawa kisah berdarah antara dua wanita yang terlibat dengan satu kes pembunuhan.

Sama-sama kita nantikan “The Price Of Confession” telah dijadualkan untuk tayang pada penghujung tahun ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...