Nampaknya, Lee Ji-ah telah melakukan banyak persiapan untuk wataknya dalam “Pandora: Beneath the Paradise”.
Terbaru, agensi BH Entertainment telah memuat naik video baru di YouTube, menampilkan Lee Ji-ah yang sedang menjalani penggambaran untuk drama “Pandora: Beneath the Paradise”.
Khususnya ketika sedang melakukan solekan, Lee Ji-ah meminta tolong kepada seorang kakitangan,
Boleh tolong bawa telefon saya? Saya belum tunjukkan abs saya?
Kemudian, pelakon wanita itu dengan bangganya mempamerkan foto dirinya dengan abs di perutnya yang kelihatan jelas, menarik perhatian.
Apabila kakitangan bertanya tentang apakah petua dan rutinnya untuk mendapatkan badan yang sebegitu, Lee Ji-ah berkongsi,
Saya kurang makan gula dan karbohidrat. Saya tidak makan benda berlemak untuk seketika. Saya tidak makan apa-apa selain protein. Malah sehingga ke hari ini, saya mengurangkan pengambilan gula secara drastik.
Mendengar jawapannya itu, seorang kakitangan memuji pelakon tersebut,
Adakah itu sebabnya awak kelihatan lebih cerah dari biasa? Kerana awak telah berpegang kepada diet ketat awak.
Dalam pada itu, “Pandora: Beneath The Paradise” ialah sebuah drama balas dendam tentang seorang wanita, yang menyedari bahawa kehidupannya bukanlah sempurna seperti yang dilihat.
Cantik sangat Lee Ji-ah!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉