Ikuti Kami:

“Hilang 6kg Berat Badan”- Lee Jiah Kongsi Persiapan Buat Drama ‘Pandora: Beneath The Paradise’

“Hilang 6kg Berat Badan”-  Lee Jiah Kongsi Persiapan Buat Drama ‘Pandora: Beneath The Paradise’

Nampaknya, Lee Ji-ah telah meluahkan rasa gembiranya ketika ditawarkan untuk berlakon dalam drama aksi “Pandora: Beneath The Paradise”.

Terbaru, para pelakon dari drama “Pandora: Beneath The Paradise” telah melakukan sidang media secara talian. Antara pelakon yang menghadiri sidang media tersebut adalah Lee Ji-ah, Lee Sang-yoon, Jang Hee-jin dan ramai lagi.

Sedikit sinopsis untuk drama ini, “Pandora: Beneath The Paradise” ialah kisah balas dendam tentang seorang wanita yang menyedari bahawa kehidupannya bukanlah sempurna seperti yang dilihat.

Pandora: Beneath The Paradise

Dalam sesi sidang media itu, Lee Ji-ah berkata bahawa dia sangat suka watak yang diberikannya itu,

Saya sangat menyukai berlakon dalam drama aksi sehingga saya teruja ketika sesi pemilihan. Sebenarnya, saya berasa gembira ketika melakukan penggambaran tersebut dan saya sudah bersedia untuk cedera.

Menurut pelakon itu, dia pergi bersenam untuk menguatkan badannya demi menjayakan babak aksi yang diberikan.

Oleh kerana watak saya adalah seorang pembunuh yang dibesarkan dengan senjata pembunuh, saya perlu menguatkan badan saya dan saya juga membuat abs, jadi saya perlu bersenam.

Tambahnya lagi, dia perlu mengekalkan badan yang langsing dan ramping untuk beraksi serta harus menghilangkan 5 hingga 6KG berat badan.

Untuk maklumat, “Pandora:Beneath The Paradise” akan ditayangkan pada 11 Mac ini. Nantikan okay!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...