Ada tak yang tengah tunggu tayangan drama “Little Women”?
Bagi yang belum tahu, “Little Women” akan mengisahkan mengenai tiga orang beradik yang membesar dalam kemiskinan. Drama itu dijangka bakal mempamerkan jalan cerita yang mengujakan di mana mereka bertiga berhadapan dengan isu yang melibatkan keluarga terkaya di daerah mereka. Ianya diterajui Kim Go-eun, Nam Ji-hyun dan Park Ji-hu.
Terbaru pada 24 Ogos, agensi bagi Song Joong-ki telah mengesahkan bahawa pelakon itu akan membuat penampilan istimewa dalam “Little Women”.
Song Joong-ki akan membuat penampilan istimewa dalam ‘Little Women’ kerana hubungannya dengan pengarah Kim Hee-won. Sila tonton melalui siaran.
Bagaimanapun, agensi tidak mendedahkan bilangan episod yang akan menampilkan Song Joong-ki dalam drama tersebut. Jadi, korang kena tonton kesemua episod “Little Women” tau!
Dalam pada itu, Song Joong-ki baru sahaja selesai penggambaran untuk dramanya akan datang “Chaebol’s Family Youngest Son”, tayang pada separuh kedua 2022 nanti.
Jangan lupa tonton “Little Women” bakal menemui penonton pada 3 September ini di Netflix!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.