Ikuti Kami:

Akan Tayang Tak Lama Lagi, ‘Chaebol’s Family Youngest Son’ Lakonan Song Joongki Tamat Penggambaran

Akan Tayang Tak Lama Lagi, ‘Chaebol’s Family Youngest Son’ Lakonan Song Joongki Tamat Penggambaran

Selepas “Vincenzo”, pasti ramai penonton yang menantikan drama Song Joong-ki yang seterusnya.

Bagi yang belum tahu, Song Joong-ki telah disahkan akan membintangi drama JTBC akan datang “Chaebol’s Family Youngest Son” yang turut disertai Shin Hyun-been, Lee Sung-min, Park Ji-hyun, Tiffany dan ramai lagi.

Terbaru pada 29 Julai, dilaporkan bahawa Song Joong-ki, Shin Hyun-been dan Lee Sung-min telah selesai menjalani penggambaran untuk drama tersebut baru-baru ini. Bagaimanapun, disebabkan oleh baki bahagian pelakon lain, penggambaran penuh dijadualkan bersambung sehingga Ogos.

Untuk pengetahuan, “Chaebol’s Family Youngest Son” membawa kisah seorang setiausaha kepada keluarga kaya, yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu dalam keluarga tersebut. Song Joong-ki akan membawa watak Yoon Hyun-woo, seorang pemuda yang mati dibunuh selepas dituduh menggelapkan wang keluarga Kumpulan Sunyang meskipun dia setia berkhidmat dengan mereka. Dia kemudiannya dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga berkenaan dan bekerja keras untuk mengambil alih syarikat tersebut untuk membalas dendam.

jtbc chaebol's family youngest son

Dalam pada itu, drama ini telah dijadualkan untuk tayang pada separuh kedua 2022 nanti, selepas selesai penggambaran dan pasca produksi.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...