Larikan Diri Dari Realiti Neraka, Song Joongki Dilamar Terajui Filem Noir ‘Hwaran’

song joongki film

Selain drama, mesti ramai penonton turut menantikan filem baharu lakonan Song Joong-ki, kan?

Pada 24 Jun, satu media melaporkan bahawa Song Joong-ki telah memilih filem “Hwaran” sebagai projeknya yang seterusnya.

Berikutan itu, agensi Song Joong-ki HISTORY D&C memberi maklum balas,

Dia secara positif menyemak tawaran untuk membintangi ‘Hwaran’.

Untuk pengetahuan, “Hwaran” ialah filem noir tentang watak tidak menentu yang membuat pilihan berbahaya untuk melarikan diri dari realiti neraka. Ia akan diterbitkan oleh Sanai Pictures dan HISTORY D&C.

song joongki

Dalam pada itu, Song Joong-ki kini sedang bersiap sedia untuk keluaran drama baharunya “Chaebol Family’s Youngest Son” iaitu sebuah drama fantasi berdasarkan novel web popular, membawa kisah tentang setiausaha keluarga kaya yang dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga tersebut.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai filem “Hwaran”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply