Utama Drama Korea Berusia 37 Tahun, Foto Song Joongki Jadi Pelajar Kolej Dalam ‘Chaebol Family’s...

Berusia 37 Tahun, Foto Song Joongki Jadi Pelajar Kolej Dalam ‘Chaebol Family’s Youngest Son’ Tular

song joongki

Tidak dinafikan bahawa drama terbaru Song Joong-ki iaitu “Chaebol Family’s Youngest Son” merupakan naskhah yang paling dinantikan dalam 2022.

Ianya membawa kisah seorang setiausaha kepada keluarga kaya, yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu dalam keluarga tersebut. Song Joong-ki akan membawa watak Yoon Hyun-woo, seorang pemuda yang mati dibunuh selepas dituduh menggelapkan wang keluarga Kumpulan Sunyang meskipun dia setia berkhidmat dengan mereka. Dia kemudiannya dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga berkenaan dan bekerja keras untuk mengambil alih syarikat tersebut untuk membalas dendam.

Terbaru, foto pelakon lelaki itu di set penggambaran drama pembalasan dendam berkenaan telah tular di serata laman komuniti dan media sosial.

song joongki

Apa yang menarik perhatian ramai ialah Song Joong-ki yang berkemungkinan akan muncul sebagai pelajar kolej di dalam drama itu meskipun sudah berusia 37 tahun kini.

Walau bagaimanapun, wajahnya yang awet muda membuatkan watak itu langsung nampak tidak janggal buatnya. Betul tak?

Sama-sama kita nantikan “Chaebol Family’s Youngest Son” yang bakal ditayangkan di JTBC tak lama nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...