Drama Pertama, Tiffany SNSD Sah Sertai ‘Chaebol Family’s Youngest Son’ Dengan Song Joongki
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Meskipun tiada pengesahan sebelum ini, akhirnya Tiffany Girls’ Generation bakal melakukan debut pertama dalam drama.
Perkara itu disahkan sendiri menerusi entri yang dimuat naik oleh idola itu menerusi Instagram miliknya. Dapat dilihat skrip buku “Chaebol Family’s Youngest Son” dan penanda di dalam lori di belakangnya.
Berpakaian serba hitam bersama kaca mata, Tiffany nyata tampil berlainan daripada imej yang biasa dibawa sebelum ini.
Berdasarkan webtoon, ia membawa kisah seorang yang setia berkhidmat selama 10 tahun dengan keluarga kaya namun akhirnya dibunuh selepas dituduh menggelapkan wang mereka. Dia kemudiannya dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga itu dan merencana pembalasan dendam sambil mula mengambil alih sedikit demi sedikit. Ianya turut dibintangi Song Joong-ki, Shin Hyun-bin, Lee Sung-min dan ramai lagi.
Tiffany disahkan bakal membawa watak Rachel, iaitu wanita kelahiran Korea-Amerika. Malah Sooyoung Girls Generation turut meninggalkan komen mengenainya,
Saya tak sabar nak jumpa Rachel.
Tak sabar nak saksikan drama pertama Tiffany!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




