Ikuti Kami:

Bakal Jadi Adik Beradik, Kim Goeun, Nam Jihyun & Park Jihu Terajui ‘Little Women’

Bakal Jadi Adik Beradik, Kim Goeun, Nam Jihyun & Park Jihu Terajui ‘Little Women’

Drama terbaru terbitan tvN “Little Women” bakal menemui penonton dan pihak produksi kini telah menyiarkan teaser poster untuk drama tersebut.

“Little Women” mengisahkan mengenai tiga orang beradik yang membesar dalam kemiskinan. Drama itu dijangka bakal mempamerkan jalan cerita yang mengujakan di mana mereka bertiga berhadapan dengan isu yang melibatkan keluarga terkaya di daerah mereka.

Kim Go-eun memainkan watak sebagai kakak sulung bernama Oh In-joo. yang mahu menjaga dan melindungi keluarganya dengan duit. Membesar dengan kemiskinan. Namun dia tidak mahu terus hidup sedemikian dan ingin ahli keluarganya hidup normal sama seperti keluarga lain.

https://twitter.com/CJnDrama/status/1552466370142638080

Manakala Nam Ji-hyun memegang watak sebagai kakak kedua, Oh In-kyung iaitu seorang wartawan berita yang tidak pernah tunduk dengan wang ringgit dan sentiasa menegakkan perkara yang benar. Jika ada sebarang berita misteri yang ditemuinya, dia akan terus mencari kebenaran di sebaliknya.

Park Ji-hu pula akan membawa watak sebagai adik bongsu iaitu Oh In-hye yang sangat kagum dan menghargai usaha kedua kakaknya yang sentiasa berkerja keras untuknya. Dia seorang yang meminati seni dan walaupun dia tidak berkesempatan mempunyai peralatan seni lukis seperti pelajar lain, dia berjaya memasuki sekolah tinggi seni dengan bakatnya yang semula jadi.little womenTak sabar nak tengok gandingan mereka bertiga sebagai adik-beradik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...