Sepertinya musim kedua “Yumi’s Cells” berjaya menarik perhatian ramai sejak dari awal tayangannya.
Pada minggu lalu, episod pertama dan kedua telah pun ditayangkan di platform TVING di mana Yu-mi (Kim Go-eun) kembali dengan kisah cinta baru dengan Yoo Bobby (Jinyoung) selepas melalui perpisahan menyakitkan bersama Go Woong (Ahn Bo-hyun) pada musim lalu.
Menurut laporan TVING, “Yumi’s Cells 2” menyaksikan peningkatan jumlah langganan berbayar tertinggi berbanding drama asal platform itu yang lain. Bahkan angka ini ialah empat kali ganda lebih tinggi daripada catatan musim pertama sekaligus membuktikan kepopularitiannya.
Dari awal lagi, “Yumi’s Cells” telah menjadi ikutan penonton K-Drama kerana menyampaikan kisah cinta yang mudah difahami semua selain ditemani sel emosi Yu-mi yang comel.
Bukan itu sahaja, penonton turut mempersetujui keserasian yang dipaparkan oleh Kim Go-eun dan Jinyoung dalam musim kali ini.
Korang dah layan belum?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.