Ada tak yang dah mula tonton “Yumi’s Cells” musim kedua?
Pada 11 Jun di Instagram, Ahn Bo-hyun telah berkongsi beberapa foto dirinya sedang meluangkan masa bersama dengan rakan pelakon “Yumi’s Cells 2”, Kim Go-eun dan Jin-young GOT7.
Walaupun sebelum ini mereka terikat dengan cinta segi tiga dalam skrin, tetapi Ahn Bo-hyun, Kim Go-eun dan Jin-young adalah kawan baik dalam kehidupan sebenar!
Sambil merujuk kepada nama watak mereka dalam drama itu, Ahn Bo-hyun menulis kapsyen,
Woong Yum Bab 🖤 #YumisCells2.
Bagi yang belum tahu, berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “Yumi’s Cells” mengisahkan tentang seorang pekerja pejabat biasa bernama Yumi – dari sudut pandangan banyak sel otak di kepalanya yang mengawal setiap pemikiran, perasaan dan tindakannya. Kim Go-eun memainkan watak Yumi, seorang wanita biasa yang bergelut untuk meluahkan perasaannya.
Korang dah boleh mula tonton “Yumi’s Cells 2” di TVING, Viki dan iQiyi!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.