Ikuti Kami:

Son Yejin Tolak, Ha Jiwon Sah Sertai Kang Haneul Dalam ‘Curtain Call’

Son Yejin Tolak, Ha Jiwon Sah Sertai Kang Haneul Dalam ‘Curtain Call’

Ha Ji-won telah disahkan akan membintangi drama “Curtain Call”!

Untuk pengetahuan, “Curtain Call” (sebelum ini dikenali sebagai “Trees Die on Their Feet”) mengisahkan tentang seorang wanita tua dari Korea Utara yang tidak mempunyai banyak masa lagi untuk hidup, dan seorang pelakon teater yang akan berperanan sebagai cucunya untuk memenuhi hasrat terakhirnya. Kang Ha-neul turut disahkan sebagai pelakon utama lelaki drama ini. Sekadar info, Son Ye-jin pernah menerima tawaran untuk membintangi naskhah ini sebagai watak utama wanita namun, dia telah menolaknya secara baik.

Ha Ji-won akan memegang watak yang ditawarkan buat Son Ye-jin sebelum ini iaitu sebagai Park Se-yeon, anak perempuan bongsu dan pengurus besar Hotel Paradise dalam drama itu. Park Se-yeon ialah seorang pengurus praktikal yang mengetuai Hotel Paradise, dan dia adalah seorang ketua dalam barisan kerja yang telah mengalami segala-galanya dari A hingga Z dan meningkat kepada jawatan pengurus besar.

ha jiwon

“Curtain Call” akan mengesahkan barisan pelakon penuh dan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...