WJSN baru sahaja menamatkan hari pertama konsert dua hari mereka ‘2022 WJSN Concert – Wonderland’, yang berlangsung di Dewan Olimpik Seoul pada 11 Jun, semalam.
Konsert itu diadakan sejurus selepas kumpulan itu menjuarai program Mnet “Queendom 2”, di mana mereka pastinya dapat menyaksikan peningkatan populariti mereka dek bakat yang ditonjolkan.
Selain itu, peminat turut melihat pelakon Kim Tae-ri menghadiri konsert tersebut bagi menyokong rakan pelakonnya sebelum ini iaitu Bona, yang juga merupakan ahli WJSN. Umum pasti mengetahui bahawa kedua mereka pernah membintangi “Twenty Five, Twenty One” sebagai rakan baik Na Hee-do dan Ko Yu-rim. Nampaknya, persahabatan mereka kekal akrab meskipun siri itu sudah pun tamat.
Peminat juga menulis di laman komuniti bahawa Kim Tae-ri akan menjerit setiap kali Bona keluar di skrin besar konsert, dan setia bersorak dengan penuh semangat dari awal hingga akhir persembahan, sehinggakan diberi amaran oleh pihak keselamatan kerana dia cuba untuk merakam.
https://twitter.com/WUJU3AE/status/1535601428752113665
Bukan sahaja Kim Tae-ri, Ji-soo BLACKPINK juga dilihat hadir ke konsert itu bagi menyokong rakannya Bona. Untuk pengetahuan, Ji-soo dan Bona merupakan kawan rapat sama umur, sejak beberapa tahun lepas lagi. Sebelum ini, Ji-soo juga pernah menghantar trak makanan ke set penggambaran drama Bona.
Sweet kan persahabatan mereka?