Ikuti Kami:

Tahniah! WJSN Juara ‘Queendom’ Musim Kedua

Tahniah! WJSN Juara ‘Queendom’ Musim Kedua

Akhirnya, pemenang bagi “Queendom 2” telah diumumkan!

Pada 2 Jun, musim kedua rancangan pertandingan popular “Queendom 2” yang menampilkan Hyolyn, BRAVE GIRLS, WJSN, VIVIZ, LOONA dan KEP1ER telah sampai ke penghujungnya.

Selepas berminggu-minggu bersaing, pemenang akhir telah didedahkan pada perlawanan akhir yang disiarkan semalam. Dalam episod akhir, keputusan telah dikira selepas enam pasukan mengeluarkan lagu terakhir beberapa hari sebelum itu.

Tahniah buat kumpulan WJSN yang tampil dengan lagu “AURA” kerana telah berjaya menjuarai “Queendom” musim kedua, dengan markah yang dikumpul sebanyak 81,020!

Berikut adalah kedudukan penuh kumpulan:

  1. WJSN – 81,020 mata

2. LOONA – 77,988 mata

3. VIVIZ – 54,419 mata

4. Hyolyn – 48,761 mata

5. KEP1ER – 46,976 mata

6. BRAVE GIRLS – 45,896 mata

Tahniah buat semua peserta!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...