Ikuti Kami:

Jisoo BLACKPINK Lawat Bona WJSN Di Set Penggambaran Drama

Jisoo BLACKPINK Lawat Bona WJSN Di Set Penggambaran Drama

Ji-soo BLACKPINK dan Bona WJSN baru-baru ini menunjukkan persahabatan comel mereka!

Pada 22 November, Bona berkongsi foto yang diambil bersama Ji-soo, di hadapan trak churros yang dihantar Ji-soo kepada Bona di set drama baharu Bona.

Bona kini sedang menjalani penggambaran drama akan datang “Twenty-Five Twenty-One”, yang turut dibintangi oleh Kim Tae-ri dan Nam Joo-hyuk sebagai dua orang yang pertama kali bertemu ketika berusia 22 dan 18 tahun dan memulakan kisah cinta mereka empat tahun kemudian apabila mereka berumur 25 dan 21.

Bona membawa watak sebagai Go Yoo-rim, pemenang pingat emas lawan pedang yang merupakan saingan watak Kim Tae-ri. Untuk sepanduk trak churros, Ji-soo menyediakan gambar Bona dan papan tanda yang ditulis,

Go Yoo-rim belanja hari ini! Pelakon dan kru, makan churros dan hwaiting!

Hwaiting, semoga kesihatan yang baik dan menyeronokkan kepada pelakon dan kru ‘Twenty-Five Twenty-One’!

Dalam kapsyen gambar di Instagram, Bona menulis,

Seorang malaikat muncul. Saya sangat sayang, suka dan menghargai awak!

“Twenty-Five Twenty-One” bakal ditayangkan pada separuh pertama tahun 2022. Ji-soo juga turut membintangi drama akan datang iaitu “Snowdrop”, yang akan ditayangkan pada 18 Disember ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...