Ikuti Kami:

Kisah Cinta & Persahabatan, Nam Joohyuk & Kim Taeri Sah Terajui ‘Twenty-Five Twenty-One’

Kisah Cinta & Persahabatan, Nam Joohyuk & Kim Taeri Sah Terajui ‘Twenty-Five Twenty-One’

Akhirnya Nam Joo-hyuk disahkan bakal bergandingan dengan Kim Tae-ri dalam “Twenty-Five Twenty-One” nanti.

Ianya membawa kisah dua orang yang pertama kali berjumpa semasa mereka 22 dan 18 dan memulakan cerita cinta mereka 4 tahun kemudian, pada usia 25 dan 24. Drama ini memaparkan cerita muda-mudi yang melalui pelbagai perkara seperti romantik, perkembangan dan persahabatan.

Kim Tae-ri akan melakonkan watak Na Hee-do, seorang atlet fencing profesional bagi pasukan kebangsaan yang mengalami kesukaran selepas pasukkannya dibubarkan kerana krisis IMF. Dia merupakan seorang yang ghairah dan berani serta tidak akan berputus asa.

Nam Joo-hyuk bakal membawa watak wartawan Baek Yi-jin, anak sulung yang turut terbeban kerana krisis berkenaan. Dia menghantar surat khabar dan bekerja separuh masa di kedai sewaan buku untuk mencari rezeki.drama twenty-five twenty-oneBo-na (WJSN) pula akan menjadi musuh Na Hee-do iaitu Do Yoo-rim di mana dia merupakan pemenang pingat emas fencing yang termuda sekali. Dia merupakan seorang yang berkarisma tapi sangatlah comel dan baik apabila tidak bertanding.

Watak Moon Ji-woong akan dilakonkan oleh Choi Hyun-wook di mana dia merupakan seorang bintang media sosial yang berdedikasi untuk menjadi ahli popular di Cyworld (media sosial popular di Korea pada 2000-an). Lelaki ini juga unik kerana pilihan fesyennya yang lain daripada yang lain.

Lee Joo-myung pula akan menjayakan watak Ji Seung-wan, seorang ketua kelas yang meraih No 1 di sekolahnya namun mempunyai personaliti melawan yang tertanam jauh di dalam hati. Dia merupakan sebahagian daripada kelab penyiaran di sekolah tersebut.

“Twenty-Five Twenty-One” akan menemui penonton pada separuh pertama 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...