Sepanjang minggu lepas, memang kecoh mengenai kisah ‘perangai’ Seo Ye-ji yang digembar-gemburkan oleh media selepas pendedahan wanita itu ‘mengawal’ Kim Jung-hyun mengenai interaksinya bersama pelakon dan staf wanita lain semasa menjadi teman wanitanya.
Semakin tidak terkawal apabila terdapat tuduhan mengatakan Seo Ye-ji turut mengawal pergerakan bekas teman lelakinya, U-Know Yunho (TVXQ) semasa mereka sama-sama membintangi drama “The Night’s Watchman”. Bukan itu sahaja, latar belakang pendidikan pelakon yang popular dalam drama “It’s Okay To Not Be Okay” itu turut menjadi perdebatan ramai. Sering menceritakan pengalamannya belajar bahasa Sepanyol di universiti terkenal di Madrid, Seo Ye-ji didakwa menipu apabila agensinya mengeluarkan kenyataan bahawa pelakon itu ada menerima tawaran institusi berkenaan namun terpaksa melepaskannya kerana memulakan karier lakonan di Korea. Tak cukup dengan itu, beberapa individu telah tampil dan berkongsi cerita mengenai ‘keburukan’ pelakon cantik itu. Kata mereka, dia sering memandang rendah terhadap staf yang bekerja dengannya selain turut didakwa memeras wang daripada rakannya untuk digunakan di Madrid. Malah kes keganasan di sekolah melibatkan wanita itu turut diperkatakan kembali meskipun ianya hanya berbangkit sekejap pada tahun 2014. Ramai juga yang mula menyebarkan semula foto Seo Ye-ji semasa di sekolah dan menuduh dia menjalani pelbagai pembedahan kosmetik meskipun khabar angin itu ditolak beberapa tahun yang lalu. Semakin hari, semakin banyak dakwaan yang timbul mengenai Seo Ye-ji sehingga membuatkan ramai yang terus memboikotnya. Bahkan banyak agensi pengiklanan yang dilihat memadam gambar promosi wanita itu bersama produk mereka. Tambahan, drama fantasi “Island” dikhabarkan turut melepaskan Seo Ye-ji daripada membawa peranan utama dan kini sedang mencari heroin baru. BACA: Terpalit Pelbagai Kontroversi, Banyak Jenama Besar Padam Iklan Bersama Seo Yeji Lebih seminggu namanya disebut media dengan pelbagai spekulasi, namun Seo Ye-ji dilihat lebih senang mendiamkan diri dan membiarkan khabar angin ini berlalu dengan sendirinya. Menurut pakar dalam industri, pelakon wanita ini seharusnya mengeluarkan kenyataan secepat mungkin sekiranya dia benar-benar tidak bersalah bagi membersihkan imejnya. Malah mereka menebak bahawa agak sukar wanita ini untuk kembali menyambung kariernya dengan pertuduhan yang banyak tersebut dalam masa terdekat. Semakin lama Seo Ye-ji mendiamkan diri, semakin kuat telahan ramai mengenai sikap buruknya. Korang rasa macam mana? Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Latar belakang pendidikan yang mencurigakan
Pandang rendah pada staf
Pembuli di sekolah
Seminggu kunci mulut