Ikuti Kami:

Terpalit Pelbagai Kontroversi, Banyak Jenama Besar Padam Iklan Bersama Seo Yeji

Terpalit Pelbagai Kontroversi, Banyak Jenama Besar Padam Iklan Bersama Seo Yeji

Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah ayat yang boleh menggambarkan situasi dialami Seo Ye-ji kini.

Selepas kontroversi pelakon wanita itu yang dikatakan memanipulasi Kim Jung-hyun sehingga menimbulkan kesukaran buat rakan pelakon dan staf drama “Time” pada 2018, semakin banyak pekung yang dibuka mengenainya.

Pernah didakwa menjadi buli di sekolah beberapa tahun lalu namun kontroversi itu diam dengan sendirinya apabila Seo Ye-ji menafikannya. Namun ianya kembali bertiup kencang kini selain terdapat individu mendedahkan bahawa pelakon itu memberikan layanan buruk terhadap kakitangan yang bekerja dengannya.

Malah cerita mengenai latar belakang pendidikan pelakon itu di sebuah universiti di Sepanyol yang dikatakan palsu turut menjadi sebutan ramai.

seo yeji

Disebabkan oleh pelbagai spekulasi ini, Seo Ye-ji menerima tamparan yang hebat apabila kebanyakn jenama yang menggunakannya sebagai duta mula memadan jejak promosinya bersama mereka. Jenama suplemen kesihatan ‘New Origin’, ‘Inner Flora’ dan jenama mask ‘AER’ dilihat membuang wajah pelakon wanita itu daripada iklan mereka kini.

Bukan itu sahaja, jenama kecantikan ‘LUNA’ juga telah memadam iklan Seo Ye-ji untuk produk pembayang mata terbaru mereka.

Dalam pada itu, Seo Ye-ji turut dikhabarkan telah mengundur diri daripada drama fantasi pengusiran roh “Island” namun belum ada kenyataan rasmi mengenainya.

Sekali buat silap, memang parah akibatnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...