Ikuti Kami:

“NO Sentuhan Fizikal” – Bukan Isu Kesihatan, Media Lapor Bekas Kekasih, Seo Yeji Kawal Kim Junghyun

“NO Sentuhan Fizikal” – Bukan Isu Kesihatan, Media Lapor Bekas Kekasih, Seo Yeji Kawal Kim Junghyun

Selepas sahaja berita Kim Jung-hyun kononnya bercinta dengan Seo Ji-hye tersebar ke serata media sosial, semakin banyak kontroversi yang dibongkarkan mengenai lelaki itu.

Jikalau anda inat, pada tahun 2018, pelakon ini pernah terpalit dengan satu isu di mana dia dikatakan tidak beradab terhadap pasangan pelakonnya iaitu Seo-hyun (Girls’ Generation) dalam drama “Time”. Sikapnya yang tidak acuh terhadap wanita itu ketika sidang media drama tersebut nyata menimbulkan kritikan ramai.

Walaubagaimanapun, agensi Kim Jung-hyun mendedahkan bahawa dia mengalami masalah kesukaran untuk tidur dan kerisauan melampau bagi menjelaskan perlakuan tersebut. Malah dia kemudiannya mengundurkan diri daripada drama itu beberapa episod sebelum ianya tamat.

kontroversi kim junghyun

Selepas 2 tahun insiden tersebut berlalu, barulah Kim Jung-hyun kembali semula ke dunia lakonan menerusi drama popular “Crash Landing On You”.

Kemudian, selepas konflik baru berlaku di antara lelaki itu dan agensinya, syarikat tersebut mendedahkan bahawa Kim Jung-hyun sebenarnya mempunyai ‘masalah perempuan’ ketika drama “Time” ditayangkan dan bukannya kerana isu kesihatan yang dikongsikan pada awalnya.

Semakin serabut apabila seorang staf yang bertugas untuk drama “Time” mendedahkan bahawa Kim Jung-hyun sering menolak untuk melakukan babak intim dengan Seo-hyun sehingga menyukarkan sesi penggambaran. Malah idola wanita itu dikatakan menangis apabila Kim Jung-hyun mengelap tangannya serta-merta selepas babak mereka berpegangan tangan.

kim junghyun dan seo yeji

Kian hangat apabila Dispatch mendedahkan bahawa Kim Jung-hyun sebenarnya dikawal oleh teman wanitanya pada ketika itu. Yang mengejutkan, wanita itu ialah pelakon popular Seo Ye-ji dan dia dikatakan sering mengawal pergerakan lelaki tersebut dan menghalangnya daripada rapat dengan pelakon mahupun staf wanita.

Tak cukup dengan itu, Dispatch turut berkongsi perbualan mesej antara keduanya ketika drama “Time” ditayangkan.

kim junghyun dan seo yeji

Seo Ye-ji: Kim ‘kaku’, elakkan daripada sebarang sentuhan fizikal.

Kim Jung-hyun: Baiklah, puan.

Seo Ye-ji: Kenapa tak laporkan apa yang awak buat hari ini?

Kim Jung-hyun: Saya tak sapa pun staf perempuan. Memang nampak macam tak peduli mengenai orang lain.

kim junghyun dan seo yeji

Kim Jung-hyun: Hanya awak yang boleh pegang tangan saya.

Seo Ye-ji: Buat semuanya tanpa perasaan. Tiada sentuhan fizikal.

Kim Jung-hyun: Baik, puan. Saya ialah Kim ‘kaku’!

Seo Ye-ji: Adakah awak berkelakuan baik hari ini?

kim junghyun dan seo yejiSeo Ye-ji: Awak sapa orang lain tak?

Kim Jung-hyun: (video) Saya tak cakap hai pun.

Seo Ye-ji: Awak tak perlu sapa staf pun. Kalau mereka buat dahulu, awak boleh balasnya dengan nada tidak ramah.

kim junghyun dan seo yeji

Kim Jung-hyun: Saya hanya membaca skrip tanpa buat benda lain.

Seo Ye-ji: Ubah skrip supaya tiada babak romantik.

Kim Jung-hyun: Ya, saya sedang membaca skrip.

Seo Ye-ji: Okay, buat yang terbaik. Tiada sentuhan fizikal ataupun babak romantik.

Belum memberi sebarang kenyatann rasmi, ramai yang menantikan pendedahan sebenar mengenai kontroversi yang melanda Kim Jung-hyun dan Seo Ye-ji ini.

Sama-sama kita nantikan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...