Ikuti Kami:

Selamat Hari Jadi Ke-37! Jom Pilih Lakonan Terbaik Song Joongki Antara 10 Naskhah Ini

Selamat Hari Jadi Ke-37! Jom Pilih Lakonan Terbaik Song Joongki Antara 10 Naskhah Ini

Selamat ulang tahun yang ke-37 buat Song Joong-ki!

Pada 19 September hari ini, Song Joong-ki telah pun mencecah usia yang ke-37. Sempena meraikan hari istimewa pelakon kesayangan ramai itu, Kimchi Daily ingin berkongsi antara 10 naskhah lakonan hebat Song Joong-ki yang sering menjadi bualan.

Cuba lihat senarai di bawah, dan pilih drama atau filem Song Joong-ki yang manakah korang paling suka!

1. Descendants of the Sun (2016)

Pertama sekali, drama Song Joong-ki yang paling popular “Descendants of the Sun” merupakan antara naskhah lakonan pelakon itu yang menjadi bualan ramai. Bagi yang belum tahu, drama ini mengisahkan tentang seorang askar milik Pasukan Khas Korea Selatan yang jatuh cinta dengan seorang pakar bedah yang cantik. Bagaimanapun, hubungan mereka tidak lama kerana kerjaya yang memisahkan mereka. Ianya turut diterajui Song Hye-kyo.

2. Arthdal Chronicles (2019)

“Arthdal Chronicles” adalah sebuah naskhah epik tentang adiwira yang membina legenda sendiri dalam tanah mistik Arth. Terbaru, drama ini telah disahkan akan kembali dengan musim kedua namun, Song Joong-ki tidak akan turut sertai.

3. A Werewolf Boy (2012)

“A Werewolf Boy” ialah filem percintaan fantasi yang mengikuti kisah seorang gadis remaja cantik yang dihantar ke rumah di desa untuk kesihatannya. Di situ, dia mula berkawan dan cuba membudayakan budak liar yang dia temui tetapi binatang buas di dalam dirinya sentiasa menunggu untuk meletus.

4. Sungkyunkwan Scandal (2010)

Berlatarkan zaman Dinasti Joseon, “Sungkyunkwan Scandal” mengisahkan tentang 4 pelajar muda kacak yang belajar di Universiti Sungkyunkwan dan menceritakan kisah cinta serta persahabatan mereka. Dalam siri ini, Song Joong-ki membawa watak sebagai Ku Yong-ha, seorang yang popular dalam kalangan wanita.

5. Vincenzo (2021)

“Vincenzo” membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) yang merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin). Bersama-sama, mereka mencapai keadilan dengan mengaplikasikan cara yang digunapakai penjahat.

6. The Innocent Man (2012)

“The Innocent Man” adalah drama yang menceritakan tentang seorang lelaki yang dikhianati oleh wanita yang dicintainya. Untuk membalas dendam, lelaki itu menggunakan wanita lain yang hilang ingatan. Dalam drama ini, Song Joong-ki menghidupkan watak Ma-roo, seorang pelajar perubatan yang bagus namun, dia dipersalahkan atas jenayah yang tidak dia lakukan.

7. Space Sweepers (2021)

“Space Sweepers” adalah filem tentang kapal angkasa ‘Victory’ iaitu sebuah kapal yang mengutip sampah dan serpihan barangan daripada angkasa lepas. Ianya dikemudi oleh juruterbang genius Tae-ho (Song Joong-ki), bekas lanun angkasa yang misteri Kapten Jang (Kim Tae-ri), jurutera kapal angkasa Tiger Park (Jin Sun-kyu) dan robot tentera yang sudah diprogramkan semula Bubs (Yoo Hae-jin). Selepas berjaya merampas satu kapal usang, kru Victory terjumpa dengan seorang kanak-kanak perempuan ‘Dorothy’ yang berusia 7 tahun. Kemudiannya, mereka sedar bahawa dia ialah robot manusia yang dicari oleh UTS Space Guards dan memutuskan untuk meminta wang tebusan daripada mereka.

8. My Precious You (2008)

my precious you

“My Precious You” adalah drama bersiri yang mengisahkan tentang nenek moyang yang menanggung banyak kesusahan untuk keluarga mereka. Ia menceritakan tentang pengorbanan mereka untuk membesarkan anak-anak. Song Joong-ki membawa watak sebagai Jang Jin-ho.

9. The Battleship Island (2017)

“The Battleship Island” adalah filem yang mengikuti era penjajah Jepun melibatkan kira-kira 400 orang Korea, yang terpaksa ke Pulau Battleship untuk melombong arang batu dan cuba melarikan diri. Dalam filem ini, Song Joong-ki berperan sebagai Park Moo-young yang tergolong dalam kumpulan Kemerdekaan Korea. Dia menyelinap ke Pulau Battleship untuk menyelamatkan ahli kumpulan kemerdekaan.

10. Penny Pinchers (2011)

“Penny Pinchers” adalah filem tentang Ji-woong (Song Joong-ki) seorang yang tidak dapat mencari pekerjaan dan berbohong kepada ibunya untuk mendapatkan wang. Namun, pada satu hari, Ji-woong bertemu dengan Hong-sil (Han Ye-seul), seorang yang mempunyai hobi untuk melawat bank membuat simpanan, dan kepakarannya ialah menjual botol kaca kosong serta surat khabar lama untuk mendapatkan wang tunai.

Jadi, korang paling suka Song Joong-ki bawa watak apa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...