Ikuti Kami:

‘Arthdal Chronicles 2’ Selesai Sesi Pembacaan Skrip, Dilapor Akan Mula Penggambaran Ogos Ini

‘Arthdal Chronicles 2’ Selesai Sesi Pembacaan Skrip, Dilapor Akan Mula Penggambaran Ogos Ini

Ada tak yang dah teruja ingin nantikan “Arthdal Chronicles” musim kedua?

Terbaru pada 9 Ogos, “Arthdal Chronicles 2” dilaporkan telah melakukan sesi pembacaan skrip pertama bersama pelakon utama Lee Jun-ki, Shin Se-kyung, Jang Dong-gun dan Kim Ok-bin.

Setelah selesai sesi pembacaan skrip dan pemilihan barisan pelakon penuh untuk musim kedua, drama tersebut dijangka akan memulakan penggambaran pada Ogos ini.

Untuk pengetahuan, Song Joong-ki dan Kim Ji-won yang memainkan watak utama dalam musim pertama, memutuskan untuk tidak muncul dalam musim kedua siri tersebut.

arthdal chronicles 2

Dalam pada itu, “Arthdal Chronicles” adalah sebuah naskhah epik tentang adiwira yang membina legenda sendiri dalam tanah mistik Arth. Semasa musim pertamanya, drama itu merekodkan rating yang rendah berbanding jangkaan dek beberapa kritikan melibatkan plot yang kurang meyakinkan dan tuduhan plagiat. Walaupun melalui sedikit kesukaran, namun ianya tetap dipilih untuk mendapat sambungan baru.

Sama-sama kita nantikan tayangan “Arthdal Chronicles 2”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...