Ikuti Kami:

Ramai Kecewa ‘Arthdal Chronicles 2’ Ubah Song Joongki & Kim Jiwon Ke Lee Junki & Shin Sekyung

Ramai Kecewa ‘Arthdal Chronicles 2’ Ubah Song Joongki & Kim Jiwon Ke Lee Junki & Shin Sekyung

Terperanjat tak dengar berita mengenai musim kedua “Arthdal Chronicles” kelmarin?

Setelah 3 tahun menanti, penonton tidak menyangka bahawa kedua-dua pelakon utama drama berkenaan iaitu Song Joong-ki dan Kim Ji-won akan ditukar dengan wajah baru.

Menurut pengesahan pihak produksi sendiri, Lee Jun-ki dan Shin Se-kyung sedang dalam perbincangan untuk membawa watak Eunseom dan Tanya.

tvn arthdal chronicles

Untuk pengetahuan, ia adalah sebuah naskhah epik tentang adiwira yang membina legenda sendiri dalam tanah mistik Arth. Semasa musim pertamanya, “Arthdal Chronicles” merekodkan rating yang rendah berbanding jangkaan dek beberapa kritikan melibatkan plot yang kurang meyakinkan dan tuduhan plagiat. Walaupun melalui sedikit kesukaran, namun ianya tetap dipilih untuk mendapat sambungan baru.

Pun begitu, rata-rata penonton meluahkan rasa kecewa kerana kurang yakin wajah baru ini dapat menghidupkan watak Eunseom dan Tanya seperti musim pertamanya. Bahkan pengarah Kim Won-seok juga tidak bertanggungjawab mengarah untuk sekuel ini.

lee junki shin sekyung

Tak kurang juga, ramai yang masih mahu melihat keserasian Song Joong-ki dan Kim Ji-won lagi. Kata penonton,

Dengan wajah baru, patutnya mereka buat plot baru dan bukannya sambung daripada yang lama.

 

Saya sanggup tunggu bertahun lagi supaya pelakon yang sama berlakon.

 

Macam mana mereka rasa kita akan okay sahaja dengan pertukaran pelakon ini?

 

Punya lama tunggu tapi mereka tukar pelakon..

 

Lee Jun-ki berlakon okay je, kenapa semua marah?

 

Kecewanya..

Pun begitu, menurut penjelasan pihak produksi, musim kedua ini akan memberikan fokus buat watak berkenaan pada 10 tahun kemudian. Bermakna mereka memerlukan seseorang yang lebih dewasa untuk kedua-dua watak itu selain dikatakan membuat perbincangan yang mendalam sebelum memilih Lee Jun-ki dan Shin Se-kyung.

Apa pula pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...