Adakah Lee Jun-ki dan Shin Se-kyung akan muncul dalam “Arthdal Chronicles” musim kedua?

Pada 20 April, Lee Jun-ki dan Shin Se-kyung dilaporkan telah menerima tawaran untuk membintangi “Arthdal Chronicles 2” menggantikan Song Joong-ki dan Kim Ji-won. Berikutan itu, Studio Dragon, syarikat produksi “Arthdal Chronicles” memberitahu Maeil Business Star Today,
Selepas perbincangan mendalam dengan penulis dan pasukan produksi, kami mencadangkan watak Eun-seom dalam “Arthdal Chronicles 2” kepada Lee Jun-ki, dan kami sedang menyemaknya.
Agensi bagi Shin Se-kyung turut memberi respon,
Shin Se-kyung menerima tawaran untuk muncul dalam ‘Arthdal Chronicles’ musim kedua dan sedang mempertimbangkannya. Kemunculannya belum disahkan.
Selain itu, penggambaran bagi “Arthdal Chronicles 2” sedang dalam persiapan, dengan matlamat untuk dikeluarkan pada tahun ini.
Sementara itu, “Arthdal Chronicles” ialah sebuah naskhah epik tentang adiwira yang membina legenda sendiri dalam tanah mistik Arth.
Harap-harap mereka terima tawaran ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.