Ikuti Kami:

“Saya Perlu Bersedia..” – Lee Minho Kongsi ‘Spoiler’ Untuk ‘Pachinko’ Musim Ke-2

“Saya Perlu Bersedia..” – Lee Minho Kongsi ‘Spoiler’ Untuk ‘Pachinko’ Musim Ke-2

Baru-baru ini, pelakon kegemaran ramai iaitu Lee Min-ho telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Esquire Korea.

Ketika sesi temu bual, Lee Min-ho bercakap tentang siri Apple TV popular pada awal tahun ini iaitu “Pachinko”. Pelakon itu berkongsi rasa bangganya dengan naskhah ini sambil berkata,

Saya berasa bangga kerana sebuah cerita dengan kelajuan yang begitu perlahan telah dihasilkan dengan penuh perhatian dan usaha, dalam era ini. Saya amat berbangga dengan projek ini. Saya percaya ia membuka bahagian penting dalam sejarah dan kisah rakyat.

lee minho pachinko

Tambahnya lagi sambil memberi sedikit ‘spoiler’ untuk wataknya dalam drama “Pachinko” musim kedua akan datang,

Saya fikir ia sangat bermakna bahawa karya ini muncul pada zaman sekarang. Pasukan produksi amat komited sehingga ia menjadi kenyataan, dan saya juga merasakan bahawa mereka benar-benar orang yang luar biasa. Dan saya mencurahkan segala-galanya kerana saya tahu usaha mereka dan mempunyai banyak kebimbangan. Saya fikir kebimbangan itu adalah permulaan. Watak Go Han-soo diberi tugas penting dalam musim 2, jadi saya perlu bersedia untuk itu.

Dalam pada itu, Lee Min-ho juga akan bergandingan dengan Gong Hyo-jin dalam drama “Ask The Stars”, dikhabarkan bakal menemui penonton pada 2023 nanti.

lee minho

Dah rindu ni nak tengok drama lakonan Lee Min-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...