Ikuti Kami:

Duta Jenama, Lee Minho Bakal Hadir Ke Konsert Ulang Tahun CUCKOO Di Malaysia Oktober Ini

Duta Jenama, Lee Minho Bakal Hadir Ke Konsert Ulang Tahun CUCKOO Di Malaysia Oktober Ini

Selepas Rain, peminat di Malaysia nampaknya akan berpeluang untuk berjumpa dengan Lee Min-ho pula!

Terbaru, jenama perkakas rumah CUCKOO telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan konsert ulang tahun ke-8 “CUCKOO Appreci8th” pada 1 Oktober ini, di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.

Apa yang menarik perhatian, Lee Min-ho yang merupakan duta jenama untuk CUCKOO turut akan membuat penampilan istimewa di situ, bersama dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga memegang jawatan sama.

Bukan itu sahaja, selebriti lain yang akan tampil membuat persembahan ialah Hael Husaini, Dolla, Aina Abdul, Jamal Abdillah, Khai Bahar, Floor 88 dan ramai lagi penyanyi popular.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri konsert ulang tahun CUCKOO ini, anda boleh sertai ‘Peraduan CUCKOO Appreci8th’ dan berpeluang untuk menangi tiket konsert serta pelbagai hadiah yang bernilai sehingga RM288 ribu!

Segala info dan maklumat lanjut boleh didapati di SINI!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...