Ikuti Kami:

Bakal Terajui ‘Ask The Stars’, Lee Minho & Gong Hyojin Papar ‘Chemistry’ Bersama

Bakal Terajui ‘Ask The Stars’, Lee Minho & Gong Hyojin Papar ‘Chemistry’ Bersama

Korang teruja tak nak lihat gandingan antara Lee Min-ho dan Gong Hyo-jin dalam sebuah drama?

Bagi yang belum tahu, Lee Min-ho dan Gong Hyo-jin akan bergandingan dalam drama “Ask The Stars”, yang dikhabarkan bakal menemui penonton pada 2023 nanti.

Baru-baru ini pada 3 Julai, Lee Min-ho telah memuat naik beberapa foto bersama Gong Hyo-jin di akaun Instagram miliknya, memaparkan ‘chemistry’ mereka yang kelihatan ‘kuat’. Melihat kedua pelakon itu dalam satu gambar bersama, penonton makin tak sabar untuk menantikan tayangan drama “Ask The Stars”!

lee minho gong hyojin

Selain itu, mereka juga nampaknya sedang menjalani penggambaran bagi drama “Ask The Stars”, yang dilakukan di kawasan kolam renang.

Dalam pada itu, “Ask The Stars” membawa kisah angkasawan dan seorang pelancong yang berjumpa dan jatuh cinta di stesen angkasa. Lee Min-ho disahkan akan melakonkan watak Gong Ryong, seorang doktor OB-GYN (Obstetrik & Ginekologi) yang mempunyai rasa tanggungjawab yang kuat dan sampai ke stesen angkasa sebagai pelancong. Manakala Gong Hyo-jin akan menjadi Eve Kim, seorang angkasawan kacukan Korea-Amerika.

Terujanya nak tonton drama ni nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...