Ikuti Kami:

“Saya Mahu Orang Melihat Saya Selain Dari Wajah” – Cha Eunwoo

“Saya Mahu Orang Melihat Saya Selain Dari Wajah” – Cha Eunwoo

Baru-baru ini, Cha Eun-woo telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah W Korea, kolaborasi dengan jenama barang kemas Perancis ‘Chaumet’.

Ketika awal sesi temu bual, Cha Eun-woo menceritakan tentang dirinya dengan berkata,

Saya menganggap diri saya sebagai seorang yang setia. Terdapat rasa kesetiaan kuat yang sentiasa membebani hati saya, dan ia memberitahu saya untuk memeluk orang di sekeliling saya dan menyokong mereka. Saya percaya bahawa jika orang lain di sekeliling saya berjaya, maka saya juga akan mendapat manfaat.

Meskipun sentiasa dipuji sebagai seorang yang kacak, Cha Eun-woo juga kadangkala rasa tidak yakin dengan penampilannya. Bagaimanapun, idola dan pelakon itu mendedahkan bagaimana dia mengatasi perasaan tersebut dengan menyatakan,

Saya sentiasa bersyukur apabila orang memuji penampilan luaran saya. Ada masanya saya mahu orang melihat saya selain daripada wajah saya. Saya rasa saya begitu sehingga dua tahun lalu, tetapi sekarang ia sedikit berbeza.

cha eunwoo

Tambahnya lagi,

Daripada sentiasa menunggu untuk mendapat pengiktirafan untuk sesuatu yang lain, saya telah belajar bahawa saya hanya perlu mengikut cara saya dan bekerja dengan tekun. Kemudian suatu hari nanti, kerja saya pasti akan membuahkan hasil dalam pelbagai cara.

Dalam pada itu, Cha Eun-woo akan menemui penonton menerusi filem “Decibel” bergandingan bersama Lee Jong-suk dan Kim Rae-won, pada 16 November nanti.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...