“Seksinya!” – Peminat Tak Keruan Lihat Badan Tegap & Abs Cha Eunwoo
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Cha Eun-woo memang tak dinafikan adalah salah seorang selebriti Korea Selatan yang sering mendapat perhatian dek kekacakannya.
Artikel Berkaitan
Terbaru, W Korea telah mengeluarkan video teaser bintang yang akan menjadi muka depan untuk edisi November majalah tersebut.
Menerusi kapsyen yang ditulis, W Korea meminta peminat untuk meneka siapakah selebriti dengan tubuh badan tegap di dalam video yang dikongsi.
Meskipun muka penuh tidak kelihatan namun, peminat dapat meneka dengan mudah bahawa Cha Eun-woo adalah selebriti yang ditunjukkan dalam video tersebut.
Pada 14 Oktober, W Korea telah mendedahkan bahawa memang benar Cha Eun-woo akan menjadi bintang muka depan untuk edisi November majalah berkenaan. Khususnya, 3 gambar telah dikongsi dengan idola itu mempamerkan absnya yang sempurna. Seksi betul!

Sejurus selepas foto tersebut dikeluarkan, peminat terus meluahkan rasa teruja mereka:
Cha Eun-woo!! Lelaki yang paling hot!!
Saya sayang W Korea, terima kasih untuk ini.
Seksi betul Cha Eun-woo, macam mana saya nak bertenang ni?!
Kemain Cha Eun-woo!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




