Ikuti Kami:

Park Gyuyoung Akan Bergandingan Dengan Cha Eunwoo Dalam Drama Romantik

Park Gyuyoung Akan Bergandingan Dengan Cha Eunwoo Dalam Drama Romantik

Nampaknya, Park Gyu-young akan sekali lagi bergandingan dengan Cha Eun-woo!

Pada 23 September, Park Gyu-young telah disahkan bakal sertai Cha Eun-woo dalam drama “A Good Day to Be a Dog”.

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “A Good Day to Be a Dog” ialah drama percintaan fantasi tentang seorang wanita yang disumpah akan berubah menjadi anjing, apabila dia mencium seorang lelaki. Walau bagaimanapun, satu-satunya orang yang boleh membatalkan sumpahannya ialah seorang lelaki yang takut kepada anjing kerana peristiwa traumatik yang tidak dapat diingati lagi.

drama a good day to be a dog

Dalam drama ini, Park Gyu-young akan membawa watak utama wanita Han Hae-na, seorang guru yang cantik dan bijak. Bagaimanapun, selepas mencium rakan guru Jin Seo-won (Cha Eun-woo), dia menghadapi krisis terbesar dalam hidupnya.

Sekadar info, Cha Eun-woo dan Park Gyu-young pernah bekerjasama sebelum ini untuk muzik video URBAN ZAKAPA bagi lagu “You’re The Reason”.

Dalam pada itu, “A Good Day to Be a Dog” akan memulakan penggambaran pada Oktober ini. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...