Lee Hyun-woo sah bakal serta Cha Eun-woo dalam drama akan datang, “A Good Day To Be A Dog”.
Sebelum ini kami kongsikan bahawa Cha Eun-woo akan menjadi teraju utama bagi drama bersiri webtoon, “A Good Day To Be A Dog”. Drama bergenre romantik fantasi ini mengisahkan mengenai seorang wanita yang disumpah menjadi anjing setiap kali dia mencium seorang lelaki. Walaubagaimanapun, hanya seorang sahaja lelaki yang takut akan anjing akibat trauma daripada insiden lalu, mampu menghilangkan sumpah itu.Lee Hyun-woo akan menerajui drama ini sebagai Lee Bo-gyeom, seorang lelaki yang sentiasa tenang dan membawa personaliti yang ceria dan peramah. Dia juga merupakan watak seorang lelaki yang takut akan anjing dek kerana insiden masa lalu.
Korang teruja tak untuk drama terbaru dorang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.