Ikuti Kami:

“Saya Pilih Diri Sendiri” – Cha Eunwoo Dedah Mahu Jadi Diri Sendiri Kalau Lahir Semula

“Saya Pilih Diri Sendiri” – Cha Eunwoo Dedah Mahu Jadi Diri Sendiri Kalau Lahir Semula

Baru sahaja sebelum ini kami kongsikan, Cha Eun-woo bakal terajui drama terbaru. Kini, Cha Eun-woo tampil dalam muka hadapan bagi majalah Cosmopolitan.

Cha Eun-woo juga sempat menyertai satu sesi temu bual bersama Cosmpolitan sejurus sesi penggambaran itu tamat.

cha eunwooMenerusi sesi temu bual tersebut, terdapat satu jawapan Cha Eun-woo yang paling menarik perhatian. Ketika ditanya soalan, siapakah figura yang dia impikan, jika dia dilahirkan semula.

Saya masih mahu menjadi diri saya. Saya masih memilih diri saya. 

Menjurus kepada soalan itu, dia turut ditanya adakah dia mahu menjadi idola atau pelakon jika dilahirkan semula. Dia berkata,

Memandangkan saya dah jadi dua-duanya sekarang, saya mahu mencuba sesuatu yang berbeza. 

cha eunwooSesi temu bual Cha Eun-woo dan Cosmpolitan itu telah dimuat naik di laman Youtube dan berjaya meraih pelbagai reaksi daripada netizen.

“Apa ni Cha Eun-woo, muka handsome begitu, tolong lah bagi orang lain pula yang ada muka begitu…”

 

“Eun-woo, saya mahu muka awak tu… sekali sahaja…”

 

“Saya tak tahu pulak Cha Eun-woo ini ‘selfish’.”

 

“Awak kena kongsi muka itu dengan orang lain juga!”

 

“Tolonglah, Cha Eun-woo macam menang loteri, dengan muka kacak sebegitu…”

 

“Maaf Eun-woo, ada barisan yang panjang sedang menunggu untuk dapat muka awak, jadi cuba lain kali…”

Korang dah tengok ke temu bual Cha Eun-woo?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...