Pertama Kali Berlakon Filem, Cha Eunwoo Sertai Lee Jongsuk & Kim Raewon Dalam ‘Decibel’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Nampaknya, Cha Eun-woo akan mengembangkan kerjaya lakonannya dalam sebuah filem pula.
Artikel Berkaitan
Untuk pengetahuan, Cha Eun-woo bakal sertai Lee Jong-suk, Kim Rae-won dan ramai lagi dalam filem “Decibel”.
“Decibel” ialah filem aksi thriller tentang pengganas (Lee Jong-suk) yang ingin menanam bom di tengah-tengah bandar, dan bekas komander Tentera Laut (Kim Rae-won) yang menjadi sasaran ancaman pengganas.

Apa yang menarik perhatian, ini merupakan debut pertama Cha Eun-woo dalam sebuah filem, selepas hampir 8 tahun memulakan kerjaya sebagai pelakon.
Dalam filem ini, Cha Eun-woo akan membawa watak sebagai Juruteknik Sonar Tentera Laut, seorang yang bertenang di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat.
Nantikan filem ini bakal menemui penonton pada 16 November nanti!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




