Meskipun bukan drama bergenre romantik namun, keserasian Yoona dan Lee Jong-suk dalam “Big Mouth” amat dipuji penonton.
Dalam satu temu bual yang dilakukan selepas tamatnya “Big Mouth”, Yoona menjelaskan hubungannya bersama Lee Jong-suk ketika melakukan penggambaran siri ini. Kongsinya,
Kami pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini, jadi kami dapat bekerja dengan selesa. Ini kali pertama kami bekerjasama, tetapi nampaknya kami telah melakukannya dengan baik, menggunakan emosi yang terperinci.
Bagaimanapun, ada satu perkara yang membuatkan Yoona sedih. Jelasnya,
Perkara yang menyedihkan ialah terdapat banyak babak kami yang harus dipisahkan secara fizikal jadi, itu agak mengecewakan.
Kemudian, pelakon dan idola itu turut ditanya sama ada dia berharap untuk menang Anugerah Pasangan Terbaik bersama Lee Jong-suk di ‘2022 MBC Drama Awards’. Mengenai ini, dia menjawab,
Saya ingin memenanginya.
Bagi yang belum tahu, episod terakhir “Big Mouth” telah berjaya meraih rating tertinggi sepanjang tayangan iaitu mencecah 13.7%. Ketika ditanya jika dia menjangka bahawa drama ini akan mendapat sambutan hangat seperti ini, Yoona memberi respon,
Saya tidak tahu ia akan menerima cinta sebanyak ini. Ia sememangnya tidak mudah dan tidak dapat diramalkan. Tetapi saya sangat bersyukur kerana ‘Big Mouth’ mencapai keputusan yang baik sehingga akhir. Semua orang yang saya temui bertanya kepada saya, ‘Siapa Big Mouse?’, jadi saya rasakan populariti itu.
Korang dah layan belum drama ini sehingga episod akhir?