Ikuti Kami:

Ending Tidak Memuaskan, Episod Akhir ‘Big Mouth’ Raih Rating Tertinggi

Ending Tidak Memuaskan, Episod Akhir ‘Big Mouth’ Raih Rating Tertinggi

Akhirnya, drama kegemaran ramai iaitu “Big Mouth” sudah pun melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis

“Big Mouth” ialah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga, Park Chang-ho (Lee Jong-suk) yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh.

Bahagia perlu pengorbanan

[Amaran SPOILER]

Dengan bantuan Go Mi-ho (Yoona) dan Jerry (Kwak Dong-yeon), mereka berjaya membuktikan bahawa NK Chemicals telah membuang cecair radioaktif ke dalam laut selama berpuluh tahun lamanya. Malah isteri Choi Do-ha (Kim Ju-hun) akhirnya mengalah dan menyerahkan bukti bagi menumpaskan suaminya.

ending big mouth

Pun begitu, Park Chang-ho yang bersemangat untuk membawa Choi Do-ha ke keadilan melutut ke tanah apabila Go Mi-ho menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas meminta lelaki itu menjadi ‘Big Mouse’ yang baik.

Dek kemarahan yang membuak, lelaki tersebut membunuh sendiri Choi Do-ha dan kemudiannya menjadi wakil peguam untuk mangsa yang terjejas dek radioaktif NF9 itu. Meskipun kehilangan isteri tersayang namun Park Chang-ho nekad mengikut permintaan terakhir Go Mi-ho.

ending big mouth

Rating tinggi

Mencipta rekod pada saban episod, “Big Mouth” sekali lagi melakar sejarah apabila mencapai angka tertinggi bagi rating episod terakhirnya iaitu 13.7%.

Merupakan drama comeback Lee Jong-suk selepas pulang dari latihan tentera, penonton nyata berpuas hati dengan pemilihan lelaki itu selain memuji lakonan Yoona yang kian membaik.

Korang okay tak dengan ending?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...