Ikuti Kami:

“Saya Tahu Ending Dari Awal Lagi” – Yoona Akui Faham Perasaan Marah Penonton ‘Big Mouth’

“Saya Tahu Ending Dari Awal Lagi” – Yoona Akui Faham Perasaan Marah Penonton ‘Big Mouth’

Ramai rasanya yang masih tidak dapat tidur malam mengingatkan ending “Big Mouth” yang meruntun hati.

Sepertinya Yoona Girls’ Generation yang membawa watak Go Mi-ho turut mempunyai pandangan sendiri mengenai kesudahan berkenaan dan sempat berkongsi mengenainya dalam sebuah tembual rasmi baru-baru ini.

Katanya,

Penulis sudah memberitahu dari awal lagi mengenai kematian Go Mi-ho dalam ‘Big Mouth’.

yoona big mouth

Tambahnya,

Melihatkan reaksi penonton, terdapat beberapa bahagian yang saya fahami dan bersimpati. Tapi saya merasakan akan ada mesej unik dari penulis jadi saya berusaha keras untuk menyampaikan apa yang diberikan. Ianya sesuatu yang baru.

Untuk pengetahuan, Go Mi-ho membawa watak seorang jururawat dan isteri kepada Park Chang-ho (Lee Jong-suk). Semasa suaminya mengejar dalang Choi Do-ha (Kim Ju-hun), isterinya akahirnya mati dek menghidapi kanser kerana terdedah dengan radiasi radioaktif.

yoona big mouth

Selain itu, Yoona turut berkongsi pandangan eksekutif produser Lee Soo-man mengenai lakonannya,

Dia menonton setiap episod dan menghubungi saya. Dia memuji dan mengatakan ‘Awak buat dengan baik, awak bekerja keras. Bagus!’

Dalam pada itu, Yoona sibuk dengan pelbagai projek seperti filem “Confidential Assignment 2: International”, “2 O’Clock Date” dan drama “King The Land”.

Pandai Yoona simpan rahsia.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...