Ikuti Kami:

“Penulis Tak Malu Ke?” – Marah Lihat Ending, Penonton Tulis Aduan Di Laman Buletin ‘Big Mouth’

“Penulis Tak Malu Ke?” – Marah Lihat Ending, Penonton Tulis Aduan Di Laman Buletin ‘Big Mouth’

Nampaknya ramai yang tak berpuas hati dengan ending “Big Mouth”.

Dalam episod terakhir, semasa berbual bersama Park Chang-ho (Lee Jong-suk), Go Mi-ho (Yoona) mengucapkanrasa cinta buat suaminya itu sebelum menutup matanya menandakan bahawa itu adalah hembusan nafas terakhirnya.

Kemudian, lelaki tersebut melawat Choi Do-ha (Kim Ju-hun) dan membeli bangunan itu sebelum memastikan penjahat itu mati kerana terdedah dengan air radioaktif hasil perbuatannya sendiri.

ending big mouth

Disebabkan oleh kesudahan yang tidak masuk akal dan kelihatan terburu-buru, para penonton telah meninggalkan mesej aduan di laman buletin drama berkenaan. Kritik mereka, penulis kurang daya pemikiran dan penjelasan penyakit Go Mi-ho juga terlalu sedikit dan rawak.

Kata salah seorang penonton,

Saya merupakan pesakit yang menghidap kanser darah tahap 4 pada Julai lalu. Saya berharap agar penulis mengkaji sebelum menulis. Limfoma ialah kanser darah namun simptom yang dipaparkan ialah untuk leukemia. Limfosit dan sel darah putih di dalam darah kita dan bergantung pag pada masalahnya. Namun ianya menggabungkan kimfoma dan leukemia sebagai kanser darah.

ending big mouth

Ulas yang lain,

Awak tak malu ke? Sebabkan orang macam awak, pesakit kanser merana dan mengambil tindakan ekstrem. Limfoma akut tahap akhir? Saya tak tahu bagaimana awak menulisnya. Saya berharap agar awak tak sewenang-wenangnya menulis lagi.

Untuk pengetahuan, “Big Mouth” ialah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga, Park Chang-ho yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...