Ikuti Kami:

“Saya Bawa Watak 180 Darjah Berbeza” – Im Soohyang Ulas Peranan Dalam ‘Doctor Lawyer’

“Saya Bawa Watak 180 Darjah Berbeza” – Im Soohyang Ulas Peranan Dalam ‘Doctor Lawyer’

Im Soo-hyang nampaknya sedang sibuk dengan pelbagai drama baharu pada tahun ini!

Selain “Woori The Virgin”, Im Soo-hyang turut akan membintangi “Doctor Lawyer” bersama So Ji-sub. Untuk pengetahuan, “Doctor Lawyer” membawa kisah seorang pakar bedah genius yang menjadi peguam penyelewengan perubatan selepas kehilangan semuanya dek pembedahan yang dipalsukan dan seorang pendakwaraya Jabatan Jenayah Perubatan yang kehilangan keluarga dan orang tersayang dalam pembedahan itu. Bersama-sama, mereka menghukum sesiapa yang mempercayai bahawa nyawa seseorang dinilai menerusi harta dan kuasa mereka, selain memujuk keluarga mangsa yang tidak bernasib baik.

mbc doctor lawyer

Im Soo-hyang akan berperan sebagai Geum Seok-young, iaitu seorang pendakwa yang percaya bahawa penjenayah dipulihkan bukan melalui kelonggaran tetapi melalui hukuman oleh itu, dia lebih bersemangat untuk mengisytiharkan defendan yang benar-benar tidak bersalah sebagai tidak bersalah berbanding peguam mereka sendiri. Mengenai keunikan drama itu, pelakon wanita tersebut mengulas,

Drama ini bukan hanya mengenai satu genre, tetapi ia merangkumi topik perubatan dan undang-undang, jadi saya fikir saya akan dapat menunjukkan pelbagai jenis hiburan. Kerjaya profesional pendakwa dari Jabatan Jenayah Perubatan adalah baharu, dan saya tidak sabar-sabar untuk bertemu penonton dengan watak yang 180 darjah berbeza daripada projek saya sebelum ini, jadi saya memutuskan untuk membintangi ‘Doctor Lawyer’.

Mengenai wataknya, aktres itu berkata,

Geum Seok-young adalah watak yang mempunyai kelainan. Dia adalah sosok tiga dimensi yang kelihatan berhati dingin di hadapan undang-undang, tetapi dia mempunyai hati yang lebih hangat daripada orang lain.

mbc doctor lawyer

Dia menjelaskan,

Sebagai seorang kakak yang mengaku dirinya ‘bodoh untuk adiknya’, dia mempunyai cita-cita untuk membesarkan mereka dengan baik bagi pihak ibu bapa mereka yang meninggal dunia dalam kemalangan. Walau bagaimanapun, saat paling gembira akan menjadi saat paling malangnya, dan hidupnya akan berubah. Saya rasa ia akan menyeronokkan untuk melihat Geum Seok-young menjadi ‘gelap’ kerana insiden ini.

Jangan lupa tonton “Doctor Lawyer” pada 3 Jun nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...