Ikuti Kami:

So Jisub Jawab Sebab Pilih ‘Doctor Lawyer’ Sebagai Drama Comeback Lepas 4 Tahun

So Jisub Jawab Sebab Pilih ‘Doctor Lawyer’ Sebagai Drama Comeback Lepas 4 Tahun

Teruja nak saksikan So Ji-sub kembali beraksi dalam drama!

“Doctor Lawyer” membawa kisah membawa kisah seorang pakar bedah genius yang menjadi peguam penyelewengan perubatan selepas kehilangan semuanya dek pembedahan yang dipalsukan dan seorang pendakwaraya Jabatan Jenayah Perubatan yang kehilangan keluarga dan orang tersayang dalam pembedahan itu. Bersama-sama, mereka menghukum sesiapa yang mempercayai bahawa nyawa seseorang dinilai menerusi harta dan kuasa mereka, selain memujuk keluarga mangsa yang tidak bernasib baik.

So Ji-sub akan memegang watak Han Yi-han, seorang pakar bedah genius yang kembali sebagai peguam litigasi perubatan dalam drama itu.

so jisub

Ujar lelaki kacak itu mengenai keputusannya untuk membintangi drama ini,

Saya merasakan plot seorang peguam yang merupakan bekas doktor sangat unik dan menarik. Saya memilihnya kerana saya merasakan boleh memaparkan pelbagai sisi saya.

Kongsinya tentang watak Han Yi-han,

Dari doktor ke peguam, dia merupakan orang yang sama tapi dia ialah watak yang memaparkan emosi dan sedar mengenai misi yang lahir dari situasi berbeza. Saya percaya dia ialah watak yang menyeronokkaan dengan pelbagai persona.

Nantikan “Doctor Lawyer” pada 3 Jun ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...