Meski Plot Tidak Masuk Akal, Episod Awal ‘Woori The Virgin’ Catat Rating Memuaskan
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Makin banyak K-Drama best yang ditayangkan kini! Antaranya ialah “Woori The Virgin” di saluran SBS.
Sinopsis
“Woori the Virgin” mengisahkan tentang seorang wanita bernama Oh Woo-ri (Im Soo-hyang) yang menjaga kesuciannya sebelum berkahwin tetapi akhirnya hamil selepas kemalangan berlaku semasa pemeriksaan perubatan. “Woori the Virgin” ialah pembuatan semula Korea dari siri Amerika “Jane the Virgin”.
Tidak dijangka
[Amaran SPOILER]
Siapa sangka terdapat kemungkinan berlaku kebocoran sperma tanpa sengaja sehingga menyebabkan individu tanpa sengaja mengandung? Inilah nasib yang menimpa Woo-ri iaitu seorang wanita yang sangat mementingkan daranya sebelum berkahwin.

Dek kerana satu pemeriksaan, doktor yang merawat Woo-ri telah menyebabkan pencemaran sperma seorang CEO bernama Raphael (Sung Hoon). Keadaan bertambah kusut apabila wanita itu sudah pun mempunyai tunangan, Kang-jae (Shin Dong-wook) dan mereka sudah pun berjanji bakal berkahwin tak lama lagi.
Dek situasi tidak masuk akal ini, adakah Woo-ri akan menyimpan bayi itu ataupun mengugurkannya? Bagaimana pula dua lelaki yang terpalit sama dalam hal ini iaitu Kang-jae dan Raphael? Sama-sama kita nantikan.

Rating baik
Untuk episod awal ini, “Woori The Virgin” berjaya menarik perhatian ramai mungkin kerana plotnya yang ‘makjang’ ataupun ‘daring’. Disebabkan itu, episod pertamanya meraih rating sebanyak 4.1% sebelum meningkat kepada 4.5% untuk tayangan seterusnya.
Okay tak korang drama ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




