Ikuti Kami:

Reunion ‘Go Back Couple’, Jang Nara & Son Hojun Sah Terajui Drama Baru ‘Happy End’

Reunion ‘Go Back Couple’, Jang Nara & Son Hojun Sah Terajui Drama Baru ‘Happy End’

Nampaknya, Son Ho-jun dan Jang Na-ra akan sekali lagi bekerjasama untuk sebuah drama baru!

Terbaru pada 7 April, TV Chosun telah mengesahkan bahawa pelakon Son Ho-jun dan Jang Na-ra akan terajui drama “Happy End” dengan watak sebagai pasangan berkahwin.

Untuk pengetahuan, “Happy End” mengisahkan tentang seorang heroin yang mengalami zaman kanak-kanak yang sukar, dan ingin melarikan diri dari cita-cita yang memakan hidupnya.

Dengan ini, kedua pelakon itu akan bergandingan sekali lagi selepas pernah membintangi drama “Go Back Couple” yang ditayangkan pada 2017 yang lalu.

tvn family

Sementara itu, Jang Na-ra juga bakal menemui penonton menerusi “Family”, sebuah drama komedi thriller yang mengisahkan tentang suami ejen NIS (Jang Hyuk) yang menyamar sebagai pekerja pejabat biasa dan isteri yang manis namun kejam, juga mengimpikan keluarga yang sempurna.

Nantikan “Happy End” dilapor bakal disiarkan pada separuh kedua tahun ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...