Ikuti Kami:

Diterajui Jang Hyuk & Jang Nara, Siri Komedi Thriller ‘Family’ Tayang Di Disney+ April Ini

Diterajui Jang Hyuk & Jang Nara, Siri Komedi Thriller ‘Family’ Tayang Di Disney+ April Ini

Sudah kali keempat bekerjasama, pasti ramai teruja ingin saksikan keserasian Jang Hyuk dan Jang Na-ra sekali lagi.

Bagi yang belum tahu, Jang Hyuk dan Jang Na-ra sah akan terajui siri komedi thriller “Family”, yang mengisahkan tentang suami ejen NIS yang menyamar sebagai pekerja pejabat biasa dan isteri yang manis namun kejam, yang mengimpikan keluarga yang sempurna.

Terbaru, “Family” telah diumumkan bakal bersiaran di laman Disney+ bermula pada 17 April ini.

Dalam drama ini, Jang Hyuk akan memegang watak sebagai Kwon Do-hoon, seorang ejen Perkhidmatan Perisikan Negara (NIS), yang menyamar sebagai pekerja sebuah syarikat perdagangan dan berkahwin dengan Kang Yoo-ra.

Kang Yoo-ra akan dilakonkan oleh Jang Na-ra, yang bermimpi untuk mewujudkan keluarga yang sempurna sepanjang hidupnya dan merupakan pembantu rumah di peringkat tertinggi. Dia seorang yang cuba melindungi keluarganya dan menyembunyikan rahsia di sebalik penampilan cantiknya.

Jangan lupa tonton “Family” akan mula bersiaran pada 17 April ini di Disney+!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...