Ikuti Kami:

“Bersyukur..” – Kali Ke-4 Kerjasama, Jang Nara Akui Selesa Berlakon Dengan Jang Hyuk Dalam ‘Family’

“Bersyukur..” – Kali Ke-4 Kerjasama, Jang Nara Akui Selesa Berlakon Dengan Jang Hyuk Dalam ‘Family’

Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat Jang Hyuk bergandingan sekali lagi dengan Jang Nara dalam drama baru!

Bagi yang belum tahu, Jang Hyuk dan Jang Na-ra bakal terajui drama komedi thriller “Family” yang mengisahkan tentang suami ejen NIS yang menyamar sebagai pekerja pejabat biasa dan isteri yang manis namun kejam, juga mengimpikan keluarga yang sempurna.

Ketika sesi temu bual bersama Jang Na-ra, pelakon itu berkongsi mengenai wataknya sebagai Kang Yoo-ra, seorang pembantu rumah yang cuba melindungi keluarganya dan menyembunyikan rahsia di sebalik penampilan cantiknya,

Pesona terbesar Kang Yoo-ra adalah apabila dia melakukan yang terbaik untuk melindungi kewujudan biasa dan hangat. Saya bekerja keras dan menyediakan stamina untuk menghadam sepenuhnya watak itu.

tvn family

Untuk pengetahuan, Jang Hyuk dan Jang Na-ra pernah bekerjasama dalam “Bright Girl’s Success”, “You Are My Destiny” dan “Old Goodbye”. Mengenai kerjasama mereka buat kali keempat ini, pelakon wanita itu berkata,

Sangat jarang untuk bertemu pelakon yang sama dalam pelbagai projek jadi saya sangat bersyukur. Jang Hyuk tidak berubah sama sekali. Dia masih cool dan bertimbang rasa. Saya berlakon dengan selesa dan banyak belajar kerana kami bekerjasama dengan baik walaupun tidak banyak bercakap.

Akhir sekali, Jang Na-ra meningkatkan jangkaan penonton mengenai drama “Family” ini dengan menjelaskan,

‘Family’ ialah drama penuh cinta yang boleh ditonton oleh semua peringkat umur dengan selesa. Bagaimanapun, ia juga mempunyai daya tarikan pembangunan yang unik jadi, sila nantikan dan beri perhatian kepadanya.

Dalam pada itu, “Family” akan mula bersiaran pada 17 April ini di Disney+. Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...