Ikuti Kami:

“Padanan Sempurna..” – Jang Hyuk Ulas Keserasian Dengan Jang Nara Dalam ‘Family’

“Padanan Sempurna..” – Jang Hyuk Ulas Keserasian Dengan Jang Nara Dalam ‘Family’

Mempunyai keserasian yang disukai ramai, penonton akan dapat lihat Jang Hyuk bergandingan bersama Jang Na-ra dalam drama baru tak lama lagi!

Bagi yang belum tahu, Jang Hyuk dan Jang Na-ra bakal terajui siri komedi thriller “Family” yang mengisahkan tentang suami ejen NIS yang menyamar sebagai pekerja pejabat biasa dan isteri yang manis namun kejam, juga mengimpikan keluarga yang sempurna.

Terbaru dalam sesi temu bual yang dilakukan, Jang Hyuk menjelaskan mengenai drama ini dengan berkata,

‘Family’ adalah drama yang menggabungkan komedi, aksi dan genre manusia. Alangkah baiknya jika anda dapat menontonnya dengan penuh harapan untuk genre yang segar dan luar biasa.

tvN family

Untuk pengetahuan, Jang Hyuk dan Jang Na-ra juga pernah bekerjasama dalam “Bright Girl’s Success”, “You Are My Destiny” dan “Old Goodbye”. Mengenai keserasian mereka dalam drama “Family” ini, pelakon lelaki itu berkata,

Saya telah bekerja dengan baik bersama Jang Na-ra sejak ‘Bright Girl’s Success’. Saya rasa keseimbangan watak masing-masing dipadankan dengan baik. Memandangkan Jang Na-ra seorang pelakon yang  pandai merakam bahagian yang realistik, dia memberi ruang untuk saya secara semula jadi menyampaikan lakonan saya tanpa melampaui batas. Sebab itu, penonton nampaknya menyukainya.

Tambahnya lagi,

Bila saya berlakon dengan Jang Na-ra, saya tidak fikir ‘apa yang dia akan lakukan di sini’. Kami bertindak secara semula jadi dengan mempercayai lakonan masing-masing jadi, lakonan kami berjalan lancar seperti padanan yang sempurna.

Dalam pada itu, “Family” akan mula bersiaran pada 17 April ini di Disney+.

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...