Siapa yang tonton episod terbaru “Extraordinary Attorney Woo” pastinya perasan mengenai pelakon yang memainkan watak Gye Hyang-shim.
Pada episod ke-6 “Extraordinary Attorney Woo” yang baru ditayangkan, pelakon Kim Hieora tampil membawa peranan sebagai Gye Hyang-shim iaitu pembelot Korea Utara yang melarikan diri daripada polis selama lima tahun, demi anak perempuannya yang masih kecil.
Dalam episod itu, watak Kim Hieora menyerahkan dirinya dan beralih kepada Peguam Woo Young-woo dan Choi Soo-yeon (lakonan Yoon Kyeong-ha) dengan harapan dia akan disatukan semula dengan anak perempuannya tidak lama lagi.
Daripada pertemuan pertama dengan peguam, Kim Hieora membuktikan bahawa dia adalah seorang pelakon yang berbakat. Khususnya, lakonannya yang penuh emosi dengan melakukan dialek Korea Utara yang sempurna, telah berjaya menarik perhatian penonton dengan persembahannya yang menakjubkan.
Antara komen pujian yang ditulis mengenai lakonan Kim Hieora:
Saya kagum dengan lakonannya.
Suka dengan lakonannya sekarang sebagai ibu, semoga tidak lama lagi dia dapat jadi pelakon utama. Dia cantik dan berbakat.
Saya sangat gembira anda berada dalam drama kegemaran saya.
Dalam pada itu, penonton akan dapat temui Kim Hieora dalam dramanya yang seterusnya “True Swordsmanship”, yang dijadualkan untuk tayang pada tahun ini.
Fuh! Mesti Kim Hieora akan makin sibuk selepas ini.